SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

23 December 2010

Keputusan PMR 2010

Tahniah! kepada semua pelajar SMKBS yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2010 terutamanya kepada 72 orang pelajar yang telah mendapat straight A. Syukur di atas kurniaan Allah S.W.T. Sekalung tahniah juga kepada semua warga pendidik SMKBS yang telah banyak menabur ilmu dan dorongan kepada anak-anak didik SMKBS. Sesungguhnya kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha samua pihak dan juga kesungguhan para pelajar untuk memberikan yang terbaik buat diri sendiri, ibu bapa dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Teruskan berusaha kerana perjalanan kalian masih jauh..Tahniah!!


21 November 2010

Jamuan Akhir Tahun KGK

Tahniah! kepada semua AJK KGK 2010 di atas penganjuran jamuan akhir tahun untuk guru-guru dan kakitangan SMK Bukit Sentosa. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Buat semua guru-guru yang diraikan semoga anda berpuashati di atas layanan semua jawatankuasa kelab guru dan kakitangan. Hanya inilah yang termampu untuk anda semua. Maaf dipinta jika ada kekurangan yang berlaku.

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada KGK untuk penganjuran jamuan kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan anda. Tahniah sekali lagi Jawatankuasa KGK 2010 dan buat semua ahli KGK...







15 November 2010

Program Sentosa D' Kinabalu

Fasa-fasa latihan diteruskan kembali setelah fasa 2 latihan menawan Bukit Kanching berjaya. Tahniah!! buat pendaki-pendaki SMKBS... walau perit jerih sekali pun latihan harus diteruskan demi mencapai satu tujuan iaitu menawan Gunung Kinabalu... Semoga berjaya!!!


Kini fasa 3 latihan diteruskan dengan menguji kardiovaskular pendaki-pendaki kita...
Begitu gigih para pendaki kita melakukan latihan..

Man of the coach.... pun tercungap-cungap.... anak buah lagi la....
Jauhnya puncak nak sampai.... odus!!!! .... sabar je la...
semoga berjaya kepada semua pendaki kita...


Kesihan rakan kita ni..... sampai berpeluh-peluh.... demi latihan harus diteruskan...



Sekali lagi doakan semoga pendaki-pendaki kita berjaya menawan Gunung Kinabalu...
Insaallah.....

09 November 2010

Makluman...

Kepada semua ibu bapa/ penjaga pelajar SMKBS:
Untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak masing-masing, sila layari..
LOGIN: (No. kp ibu bapa/penjaga)
PASSWORD: SIMS
Sebarang pertanyaan sila email kepada niza2u@yahoo.com atau boleh terus
menghubungi pihak sekolah di talian 03-60283611.

07 November 2010

Program Sentosa D' Kinabalu

Program Sentosa D' Kinabalu telah dimulakan perancangan mulai tahun 2008 oleh guru-guru lelaki SMK Bukit Sentosa. Kini tiba la masa yang ditunggu-tunggu untuk pendakian Gunung Kinabalu pada 22 November Hingga 26 November 2010. Semoga semua pendaki selamat sampai di puncak Gunung Kinabalu dan selamat kembali ke Bukit Sentosa. Semua warga SMKBS bersama kita mendoakan kesejahteraan pendaki-pendaki kita..... Hidup SMKBS....

Fasa-fasa latihan pendaki-pendaki


Fasa latihan seterusnya.....
nampaknya semua pendaki-pendaki kita keletihan..... moga berjaya!!! SMKBS Boleh!!



31 October 2010

Sumbagan Hamper...

Pihak SMKBS berbesar hati menyerahkan sumbangan bantuan berbentuk hamper kepada pelajar-pelajar India yang kurang berkemampuan bersempena dengan sambutan Hari Deepavali yang bakal disambut. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang.

27 October 2010

Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah

Sekitar Majlis Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah SMKBS Tahun 2010



27 September 2010

Jamuan Hari Raya Anjuran KGK 2010

Tahniah kepada Pengerusi dan smua AJK KGK 2010 kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya pada 25/09/2010. Sekalung penghargaan kepada Tn. Hj. Mat Jah b. Roslan (Pengarah PPD Hulu Selangor) dan Tn. Hj. Abdul Karim b. Ihwan (Pengetua SMKBS) kerana sudi memeriahkan majlis pada malam tersebut. Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan yang sama-sama meramaikan majlis tersebut. Kepada semua AJK yang terlibat sepanjang majlis didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan..TQ.

22 September 2010

Percubaan SPM 2010

Selamat menduduki peperiksaan Percubaan SPM kepada semua pelajar tingkatan lima SMKBS. Doa kami warga pendidik SMKBS sentiasa mengiringi anda semua. Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Insya-Allah...

15 September 2010

Xcident Raya



Pengalaman WebMaster semasa berhari raya di kampung.... Jalan Bindu ke Parit Hj Saleh. Pengalaman sebagai satu iktibar buat semua warga SMKBS. Berhati ketika mengendalikan kenderaan, sentiasa ingat bukan kita sahaja pengguna jalan raya. Semoga warga SMKBS dilindungi Allah s.w.t sentiasa.... amin...

02 September 2010

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Warga SMKBS ingin mengucapkan 'Selamat Bercuti' kepada semua bersempena dengan cuti pertengahan penggal ke-2 pada 4/9/2010 hingga 10/9/2010. Kami juga ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya Aldilfitri' yang bakal menjelang kepada semua yang beragama Islam khususnya. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelum..Amin.

29 August 2010

Sambutan Kemerdekaan SMKBS

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53 PERINGKAT SEKOLAH SMKBS 2010


Sumbangan Hamper & Duit Raya




Warga SMK Bukit Sentosa berbesar hati untuk memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada para pelajar yang kurang bernasib baik bagi memeriahkan lagi sambutan Aidil Fitri yang bakal menjelang.

24 August 2010

Lawatan Timbalan Ketua Polis Selangor..


Ucapan setinggi penghargaan dari kami warga SMKBS kepada YDH SAC Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor kerana sudi untuk singgah ke sekolah kami. Terima kasih juga kepada Dato' kerana telah meluangkan masa melawat kelas 3G, 3H, 3I dan 3J dan memberikan kata-kata nasihat dan semangat kepada pelajar untuk menjauhi aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan belajar dengan rajin agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

KENANGAN SEPANJANG MAJLIS...