SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

31 March 2013

Wakil Selangor & Malaysia

Tahniah kepada dua orang pemain hoki SMKBS kerana terpilih untuk mewakili negeri Selangor dan juga mewakili Malaysia. 

THEVI KASINATHAN 
 (Mewakili Malaysia ke China dalam Asean Hockey)
PAVITRA DEWI A/P SANGLI 
(Mewakili Selangor dalam Kejohanan Hoki Bawah 16 tahun di Malaysian Hockey Confideration KL)




Johan Hoki MSSD

Tahniah kepada pasukan hoki sekolah kerana mendapat JOHAN di MSSD yang berlangsung pada 26-17 Februari di SMK Permatang, Kuala Selangor. 
SMKBS BOLEH!!!












Johan Debat Ala Parlimen B.Melayu

Tahniah kepada pasukan Debat Ala Perlimen Bahasa Melayu kerana telah menjadi johan peringkat Daerah. Pembahas terbaik juga disandang oleh pelajar SMKBS iaitu Nurfaseha Abdul Razak. Kekalkan kecemerlangan semoga terus meraih kejayaan di masa akan datang :)



23 March 2013

SMKBS Cemerlang Lagi!!!

Tahniah!! Sekali lagi SMKBS melakar sejarah dengan kejayaan pelajar SPM 2012 mendapat keputusan yang amat membanggakan.
Straight A+ = 3 orang
Straight A = 16 orang (termasuk straight A+)
Ranking ke3 di Hulu Selangor
Ranking ke30 di Selangor

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang, semoga kejayaan terus mengiringi perjalanan hidup kalian. Pada yang kurang berjaya jangan berputus asa, jadikan ia sebagai titik mula untuk anda terus mengorak langkah menempuh segala dugaan bagi menggapai bintang tinggi di atas sana. Kejayaan yang manis perlukan pengorbanan yang bukan sedikit!
Terima kasih CIKGU!







Kursus Kepimpinan Ko-Kurikulum

  TARIKH: 16 Mac 2013 (sabtu)
 TEMPAT: Dataran Budi SMKBS
ANJURAN:
Unit Kokurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Sumber Sekolah
SASARAN:
Pengerusi dan Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari setiap kelab dan persatuan, ahli PRS dan ahli PSS.


Kursus ini bertujuan untuk: 
 Memberi input dan bimbingan tentang gaya kepimpinan yang efektif dan  berkualiti. Melahirkan pemimpin yang berwibawa dan cemerlang. Mewujudkan sifat bekerjasama antara ahli kumpulan ke arah kepimpinan  yang profesional.


* Kursus ini adalah kerjasama bersama Kelab Fasilitator Pelajar dari UITM, Shah Alam


 



Sekolah Selamat

Majlis Perasmian Program Peningkatan Keselamatan Sekolah telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Karim b. Ihwan pada 21/03/2013. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan budaya sihat, ceria dan selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat



q

18 March 2013

Pelancaran Tabung Wira Negara

Tarikh: 18/03/2013
Tempat: Teduhan Kasih, Dataran Budi SMKBS

Majlis Pelancaran Tabung Wira Negara telah dilaksanakan di peringkat sekolah SMKBS bagi mengutip dana untuk membantu wira negara yang berjuang di Lahad Datu. Semoga sumbangan warga SMKBS mampu meringankan beban para wira negara kita.


Selamat Hari Lahir!

"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu semua..Allah selamatkan kamu..."
Selamat Hari Lahir kepada semua guru dan pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan 3
Semoga bahagia dan diberkati selalu hendaknya..aminnn







Explore Race Kelab Pengguna Peringkat Daerah

Tahniah kepada pasukan Kelab Pengguna yang telah menyertai pertandingan Explore Race Peringkat Daerah pada 13/03/2013 dan telah meraih johan keseluruhan. Semua peserta akan membawa nama ke sekolah ke peringkat negeri. Semoga Berjaya!









Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor

Tahniah!! SMKBS menebus kekecewaan tahun lepas dengan merebut johan keseluruhan di Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor pada tahun ini. Kejohanan ini telah berlangsung  di Proton City selama empat hari iaitu dari 5 Mac - 8 Mac 2013. Ucapan tahniah juga kepada atlit sekolah yang telah di nobatkan sebagai olahragawan peringkat daerah iaitu Mohd Fauzan Shaarani. Terima kasih kepada semua guru dan atlit yang terlibat, semoga kejayaan akan terus menjadi milik SMKBS..insya-allah..:)