SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

20 June 2016

Young Scientist Challenge

Tahniah kepada pelajar SMKBS kerana telah menyertai pertandingan Young Scintiest Challenge anjuran Managemment & Science University (MSU) yang juga merupakan acara untuk Malaysia Book Of Record bawah kategori Most Number Of Participents In Ankle Bandaging Demonstration 
yang telah diadakan pada 28 April 2016 yang lalu. 








Pertandingan Papan kenyataan ceria & Berinformasi

Pertandingan Papan kenyataan ceria & Berinformasi merupakan anjuran unit kokurikulum dan merupakan acara tahunan yang diadakan setiap tahun bagi menggalakkan pelajar untuk mewujudkan sudut kokurikulum yang ceria dan berinformasi. Berikut adalah keputusan petandingan:

KATEGORI UNIT BERUNIFORM
Johan: Puteri Islam 
Naib Johan: Pandu Puteri Ranjer
Ketiga: Kadet Bomba

KATEGORI SUKAN & PERMAINAN
Johan: Badminton
Naib Johan: Bola Tampar
Ketiga: Bola Baling

KATEGORI KELAB & PERSATUAN
Johan: Matematik
Naib Johan: 3K
Ketiga: Sains
Keempat: Koperasi
Kelima: Bahasa Melayu

Tahniah kepada semua pemenang!






















Johan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah

Pasukan Forum SMKBS telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Hulu Selangor yang telah diadakan pada 26 Mei 2016 di SMK Sungai Choh.
2 orang peserta dari SMKBS juga terpilih sebagai Pengerusi Terbaik dan Ahli Panel Terbaik. Tahinah!







Lawatan Penanda Aras Kokurikulum Peringkat Kebangsaan

SMKBS telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras Kokurikulum Peringkat Kebangsaan ke Hatwaiwittayalai School, Hatyai Songkhla 90110, Thailand pada 27-31 Mei 2016. Seramai 32 orang guru dan murid telah mengikuti lawatan ini. 
Tahniah, semoga usaha ini akan diteruskan untuk masa akan datang.